BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 10 May 2011

PENDRIVE YANG COOL

Macam-macam pendrive ada kat dunia ini...daripada harga 1O ringgit hinggalah harga yang korang tak mampu bayangkan..


Pendrive yang korang kena letak dalam kotak besi,lepas itu letak dalam kotak kayu pas2 letak dalam almari pas2 kunci dalam bililk (ni kes klau korang duk hostel laa..)


Pendrive yang menakutkan




delicious pendrives





Pendrive 1MALAYSIA pun ada







pendrive cute





Pendrive sperm


Pendrive pen,buku,kunci,jam






lain2 pendrive yang cool



 p/s: Pendrive untuk masukkan information pasal orang lain. Kitab amal masukkan semua information pasal kita sebagai bekal untuk menuju ke satu alam yang semestinya kekal,lama,dan abadi.. alam yang bila kite semua masuk korang semestinya tak boleh patah balik..bekalkan kita amal kita dengan kebaikan...



Setelah Allah menghidupkan seluruh makluknya di padang masyar kelak untuk di perhitungkan segala-galanya amalan yang dilakukan oleh hambanya di dunia, sebagaimana yang kita ketahui, salah satu peristiwa yang besar akan terjadi pada saat sebelum proses timbang amal ialah saat penyerahan kitab amal. Setiap orang akan mendapat kitab amal dengan cara yang berbeza-beza mengikut amalan masing yang dikerjakan semasa kehidupan di dunia dahulu. Ada yang mendapat kitab amal melalui tangan kanan dan ada pula yang mendapat melalui belakang (kiri).Ini menunjukkan keadilan Allah. Setiap apa yang dilakukan pasti dicatat supaya manusia tidak akan berhujah dan berdalih di mahkamah Allah kelak.
Maka benarlah firman Allah dalam surah Al-Haqqah ayat 19-29 :
 "Adapun orang yang diberikan kepadanya kitab dari sebelah kanannya, maka dia berkata 'ambillah,baca kitabmu (ini) .Sesungguhnya (sejak dulu) aku yakin bahawa aku akan menemui hisab terhadap diriku.'  Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai, dalam syurga yang tinggi, buah-buahan yang dekat, (dikatakan pada mereka): makan dan minumlah sebagai nikmat hasil daripada apa yang kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu.' Adapun orang yang diberikan kepadanya kitab dari sebelah kirinya, maka dia berkata : 'Aduhai alagkah baik jika aku tidak diberikan kapadaku kitab. Alangkah baiknya kiranya kematian itu suatu penamat (tidak di bangunkan semula). Harta kekayaanku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. maka telah hilang dariku kuasa pemilikkannya.' "



Pada saat ini, bagi golongan yang menerima kitab amal dengan tangan kiri amat-amat menyesal.. Menyesal kerana mengetahui tentang kitab amal tapi tidak menyakini dengan keimannnya.
Cuba kita renung pada diri kita, bagaimana dengan keimanan kita, adakan kita juga termasuk golongan yang hanya percaya bahawa kewujudan kitab amalan tetapi tidak menyakininya. Sedarkah kita di samping kita ada malaikat Raqib dan 'Atiq yang sentiasa mengiringi kita? Mereka menghitung dengan teliti sekali kebaikan-kebaikan dan kejahatan-kejahan yang kita lakukan tanpa terlepas walaupun sesaat.

0 comments: