BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 29 June 2011

Buat mereka yang suka marah

MENURUT al-Quran, marah digambarkan sebagai satu kekuatan jahat yang memaksa individu untuk melakukan hal-hal yang tidak masuk akal...Bagi saya marah itu lebih menyakitkan diri sendiri daripada orang yang dimarahi...

Firman Allah s.w.t. "Orang-orang yang bertakwa ialah orang  yang berinfak (bersedekah) baik diwaktu lapang mahupun  sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (Al-Imran : 134)

Kerana marah,suami isteri yang bahagia bercerai,adik beradik bergaduh,kata2 yang tak sepatutnya dilemparkan kepada orang yang disayangi.. Marah mungkin hanya mengambil masa beberapa minit,tetapi kesannya berpanjangan, mungkin boleh menyebabkan seseorang itu menyesal seumur hidup..Bagi saya orang yang tak pernah marah,maksud saya jarang-jarang marah ialah orang yang sangat cantik.Mungkin fisiknya tidak cantik bila dinilai dari mata manusia,tapi honestly dia sangat cantik..

Buatlah orang hormatkan anda bukan takutkan anda kerana itu lebih mulia..Satu pepatah Inggeris "to test a man,give him power"...  Bila anda berkuasa ke atas seseorang,contohnya seorang suami ke atas isterinya,seorang guru ke atas muridnya,seorang majikan ke atas pekerjanya,itu tidak bermakna anda boleh memarahi mereka sesuka hati...percayalah,marah itu lebih menyakitkan diri sendiri dari orang yang anda marahi...

Ikhlas dari hati 30 Jun 2011 10.23 am

0 comments: