BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 29 June 2011

Kelebihan wanita berkhwin


   Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki." 



   Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

   Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. 


kredit:http://halaqah.net/v10/index.php?PHPSESSID=t58b7scpcl412no5e2n5co9754&topic=234.0

Buat mereka yang suka marah

MENURUT al-Quran, marah digambarkan sebagai satu kekuatan jahat yang memaksa individu untuk melakukan hal-hal yang tidak masuk akal...Bagi saya marah itu lebih menyakitkan diri sendiri daripada orang yang dimarahi...

Firman Allah s.w.t. "Orang-orang yang bertakwa ialah orang  yang berinfak (bersedekah) baik diwaktu lapang mahupun  sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (Al-Imran : 134)

Kerana marah,suami isteri yang bahagia bercerai,adik beradik bergaduh,kata2 yang tak sepatutnya dilemparkan kepada orang yang disayangi.. Marah mungkin hanya mengambil masa beberapa minit,tetapi kesannya berpanjangan, mungkin boleh menyebabkan seseorang itu menyesal seumur hidup..Bagi saya orang yang tak pernah marah,maksud saya jarang-jarang marah ialah orang yang sangat cantik.Mungkin fisiknya tidak cantik bila dinilai dari mata manusia,tapi honestly dia sangat cantik..

Buatlah orang hormatkan anda bukan takutkan anda kerana itu lebih mulia..Satu pepatah Inggeris "to test a man,give him power"...  Bila anda berkuasa ke atas seseorang,contohnya seorang suami ke atas isterinya,seorang guru ke atas muridnya,seorang majikan ke atas pekerjanya,itu tidak bermakna anda boleh memarahi mereka sesuka hati...percayalah,marah itu lebih menyakitkan diri sendiri dari orang yang anda marahi...

Ikhlas dari hati 30 Jun 2011 10.23 am

Ayat yang memikat

Ayat yang memikat saya pagi ini.Saya dapat dari satu blog.. Mungkin bagi orang lain ianya nya biasa tapi ayat ini menarik saya.Kata-katanya sangat ikhlas dan telus...

"Kesimpulannya , tiada makna kalau follower ramai, ramai pembaca. Dan tidak semestinya, "silent reader" tak bermakna bagi kita. Selain berkongsi ilmu yang tidak seberapa yang kita ada,menambah pahala secara tidak langsung, tambahkan lagi traffic kita, mereka datang untuk membaca. Sebab saya menulis sebab nak bagi orang membaca. Dan saya follow blog yang lain, sebab saya nak terus membaca apa yang saya suka dan apa yang saya tidak tahu. Sama seperti anda juga."

Tuesday 28 June 2011

Bakar kerusi untuk buat kerusi







Monday 27 June 2011

Peringatan Untuk Saya Dan Anda

Saya petik dari sebuah blog

Tips Akhirat untuk Blogger dan Facebooker

Diterbitkan pada 18 January 2011

Menumpang dunia ciptaan Tuhan seumpama persediaan menuju ke alam kehidupan akhirat yang kekal abadi. Maka landasan hidup di dunia kini harus diserasikan dengan kehendak ‘tuan’ yang menciptakan dunia ini, iaitu Allah SWT.
Firman Allah Allah (al-Quran surah al-Ankabut ayat 57)

Bermaksud: “Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).”
Justeru setiap daripada kita harus ingat apa sahaja yang kita buat di dunia ini, natijahnya tidak putus setakat dunia sahaja, tetapi akan dibawa ke akhirat. Maka sesuatu yang kita buat itu hendaklah serupa dengan apa yang Tuhan suruh dan tidak bersifat menderhaka kepada ‘tuan dunia ini’ (Allah SWT).

Firman Allah (
al-Quran surah al-Mulk ayat 2)
Bermaksud: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha perkasa lagi Maha Pengampun.
Namun berapa ramai kalangan kita mengingati, bahawa kehidupan ini dan kematian kelak sebagai ujian yang perlu kita lulus sebelum kita berdepan dengan Allah di akhirat? Persoalan ini adalah asas kehidupan manusia. Ia perlu dijadikan prinsip kita sepanjang hidup di dunia ini. Walaupun kita sekarang berdepan dengan segala macam perkembangan baru, termasuk bidang kemajuan maklumat seperti yang kita alami sekarang. Hakikat inilah, dunia blog dan facebook atau apa-apa nama lagi yang menjadi landasan penyebaran maklumat alam siber, kita harus serasikan dengan prinsip hidup berteraskan kehendak Allah.
Oleh kerana itu, tugas blogger dan facebooker sama juga tugas wartawan, penulis dan guru, iaitu mendidik dan membentuk pemikiran ummah. Tugas mendidik dan membentuk pemikiran ummah ini merupakan tugas yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Maka sesiapa yang menyambung tugas nabi, insya-Allah ia mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWt.
Suatu peringatan
Seseorang blogger dan facebooker itu janganlah salah gunakan atas kepakaran ilmu yang kita ada. Seumpama budak yang baru pandai naik basikal. Ke mana sahaja mahu naik basikal, termasuk ke tempat yang tak munasabah berbasikal, atau ke tempat yang tak sepatut berbasikal dia juga akan berbasikal. Maka atas sifat menggunakan ilmu yang kita ada menerusi hujung jari, gunalah hujung jari itu dengan hikmah. Tidaklah kita nak tulis apa saja sehingga menyentuh sentimen yang memudharatkan orang lain. Maknanya kita tak boleh ikut sedap kita sahaja. Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak: “berdepan dengan kematian, maka di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.”
Justeru itu perbetulkan perjalanan kita, cara perbetul itu sebagaimana panduan daripada firman Allah SWT (al-Quran surah al-Fatihah ayat 6-7):
Bermaksud: “Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Ini bermakna, apa yang perlu kita amalkan ialah kita kena sentiasa melakukan kebaikan (menulis apa-apa isu) dengan cetusan hati, “Ya Allah, pimpinlah kami agar sentiasa mengikut jalan yang betul, iaitu jalan yang engkau kurniakan nikmat––syurga.”
Ini suatu tuntutan untuk kita semua, atas tujuan kita dijadikan Allah sebagai penyampai dakwah Islamiah, maka harapan saya berpeganglah kepada amanah Allah agar kita semua ini, blogger dan facebooker dapat berkerjasama menyebar Islam demi kebaikan ummah.

Jangan Tertipu

Kita sering dengar orang menawarkan harga yang tinggi unttuk syiling yang mungkin bagi kita tak de nilai pun.. Jangan tertipu,sesetengah syiling tu tak dikeluarkan BNM pun sebab 2 dorang berani tawarkan harga yang tinggi. Tapi sesetengah kes,ada la yang betul..Kat bawh ni syiling2 yang dikeluarkan BNM dan tak dikeluarkan

1 sen : 1967,68,70,71,73,76,77,78,79,8 0,81,82,83,84,85,86,87,88,89,9 0,91,92,93,94,95,96,97,98,99,2 000,2001,2002,2003,2004,2005,2 006,2007,2008 & 2009 (TIADA SYILING 1 SEN DIKELUARKAN OLEH BNM PADA TAHUN :1969,1972,1974 & 1975) HARAP MAKLUM!!

5 Sen : 1967,68,71,73,76,77,78,79,80,8 1,82,85,88,89,90,92,93,94,95,9 6,97,98,99,2000,2001,2002,2003 ,,2005,2006,2007,2008 & 2009
(TIADA SYILING 5 SEN DIKELUARKAN OLEH BNM PADA TAHUN :1969,1970,1972,1974,1975,1983 ,1984 & 1986) HARAP MAKLUM!!

10 Sen :
1967,68,73,76,77,78,79,80,81,8 2,83,88,89,90,91,92,93,94,95, 96,97,98,99,2001,2002,2003,200 4,2005,2006,2007,2008 & 2009 (TIADA SYILING 10 SEN DIKELUARKAN OLEH BNM PADA TAHUN :1969,1970,1972,1974,1975,1984 ,1985,1986 & 1987) HARAP MAKLUM!!

20 Sen :
1967,68,69,70,71,73,76,77,78,7 9,80,81,82,88,89,90,91,92,93,
94,97,98,2000,2001,2002,,2004, 2005,2006,2007,2008 & 2009 (TIADA SYILING 20 SEN DIKELUARKAN OLEH BNM PADA TAHUN :1972,1974,1975,1983,1984,1985 ,1986,1995,1996 &1999) HARAP MAKLUM!!

50 sen :
1967,68,69 (Terbelah di tepi), 71,73,77,78,79,80,81,82,83,84, 85,86,87,88,89,90,91,92,93,94, 95,96,97,98,99,2000,2001,2002, 2003,2004,2005,2006,2007,2008 & 2009 (TIADA SYILING 50 SEN DIKELUARKAN OLEH BNM PADA TAHUN :1970,1972,1974,1975 & 1976) HARAP MAKLUM!!

Bentuk buku di masa hadapan (future book)


Kalau dilihat sepintas, rasanya tak ada yang aneh dengan BUKU ini.
Sama sahaja bentuk dengan buku-buku yang ada sekarang

 Tapi ini buku benar-benar berbeza dengan yang lain gan..!!

mari kita lihat kecanggihannya





berbezakan!!!


Read more: http://www.borakkosong.com/2011/05/bentuk-buku-di-masa-hadapan-future-book.html#ixzz1QScwNhKT

Sunday 26 June 2011

[Hebat] Ya Tuhan,budak berusia 3 tahun jaga ayahnya yang lumpuh


Besar sungguh cubaan bagi lelaki ini, setelah dirinya lumpuh kerana kemalangan , isteri pergi begitu saja meninggalkannya entah kemana. Namun dia masih memiliki mutiara tak ternilai iaitu kurnia dari tuhan iaitu seorang anak berusia 3 tahun yang dengan taat mendampingi dan merawatnya, sungguh sebuah kisah tak ternilai dari seorang anak seusianya.

Bersiap-siap mengambil air untuk mandi  ayahnya

Membawa air untuk membersihkan badan....

Mengambil tualak untuk keringkan tubuh  ayahnya setelah mandi

Seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia tiga tahun menjadi tumpuan hidup si ayah setelah dia mengalami kemalangann dan tak boleh lagi berjalan. Kanak-kanak bernama Dong Xinyi merawat si ayah, Dong Jian (26) dan juga membersihkan kotorannya.

Persiapan dapur elektrik untuk masak makanan

Memasak makanan buat  ayah yang disayangi

Xinyi lahir di sebuah keluarga petani di Kota Huanghia di DaerahShandong, China, tahun 2007. Beberapa bulan kemudian, ibunya meninggalkan rumah dan membawa Xinyi setelah Dong Jian mengalami lumpuh akibat kemalangan. Namun, awal tahun ini,  ibunya mengirimkan Xinyi kembali kepada si ayah. Tidak diketahui mengapa dia melakukan hal itu. Sejak saat itu Dia kemudian merawat sang ayah.

“Dia segalanya bagi saya. Setelah kemalangan, isteri meninggalkan saya. Ayah dan ibu tiri saya bahkan tidak peduli. Saya  pernah berpikir untuk bunuh diri,” katanya. “Namun, kini Xinyi adalah di sini dan saya sangat kagum pada dirinya,” katanya. Tidak jelas, bagaimana sang ayah dan anak perempuannya memperolehi wang untuk menampung hidup.

Laluan pejalan kaki 3D buat orang berasa gayat melaluinya



ALICANTE, Sepanyol - Satu laluan pejalan kaki yang dibina dengan menggunakan bata di bandar tepi pantai di sini memiliki corak kiub yang memberikan kesan tiga dimensi (3D) apabila dipandang, lapor sebuah akhbar semalam.

Laluan itu mencetuskan kontroversi berikutan ilusi 3D tersebut menyebabkan orang ramai berasa gayat apabila melaluinya.

Corak 3D itu menampakkan laluan berkenaan curam dengan susunan bata itu menyerupai anak tangga yang besar walaupun ia sebenarnya rata dan landai. - Agensi

4 CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.


4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Imej bandar ganjil di kaki langit

saya petik dari kosmo online


SALAH satu imej ganjil yang menunjukkan beberapa bangunan tinggi di kaki langit bandar Huanshan, China pada awal bulan ini.


HUANSHAN - Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.
Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.
Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap. - Agensi

Friday 24 June 2011

[Hebat] Inilah wajah bapa yang sangat sayang anaknya




Dia akan gembira jika anaknya gembira.....
gambar ini menunjukkan betapa dia menyayangi anaknya...
tapi malangnya ada segelintir manusia yang menjadikan anak sebagai
sampah yang boleh dibuang merata-rata.....
kredit: http://www.borakkosong.com/2010/12/hebat-inilah-wajah-bapa-yang-sangat.html#ixzz1QFXSydVf

Wednesday 22 June 2011

Gambar awan yg menakutkan

090603 02 new type cloud sunset big 8  Bentuk awan yang menakutkan
090603 01 new cloud pictures big 8  Bentuk awan yang menakutkan
Asperatus cloud Over Schi 006 8 Bentuk  awan yang menakutkan
morninggloryclouds 8 Bentuk awan  yang menakutkan
clouds 2a 8 Bentuk awan yang  menakutkan
clouds 4b 8 Bentuk awan yang  menakutkan
clouds 3a 8 Bentuk awan yang  menakutkan
kcrg weather  pciclouds 8 Bentuk awan yang menakutkan
sumber: http://blognyajose.blogspot.com/2010/02/8-bentuk-awan-yang-menakutkan-sungguh.html

Tuesday 21 June 2011

Kubur pemungut sampah dipenuhi cahaya


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/06/senjadidamaipuri.jpg?w=300
Sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a bahwa ada seorang wanita yang berkulit hitam bernama Ummu Mahjan yang biasanya membersihkan masjid, suatu ketika Rasulullah SAW merasa kehilangan dia, lantas beliau bertanya tentangnya. Para sahabat lalu berkata, “Dia telah wafat.” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Mengapa kalian tidak memberitahukan hal itu kepadaku?” Abu Hurairah berkata, “Seolah-olah mereka menganggap bahwa kematian Ummu Mahjan itu adalah hal yang sepele.” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tunjukkan kepadaku di mana kuburnya!” Maka mereka menunjukkan kuburnya kepada Rasulullah SAW kemudian beliau menyalatkannya, lalu bersabda:
“Sesungguhnya kubur ini terisi dengan kegelapan atas penghuninya dan Allah meneranginya bagi mereka karena aku telah menyalatkannya.” HR An-Nasa’i
Semoga Allah merahmati Ummu Mahjan r.ha yang sekalipun beliau seorang yang miskin dan lemah, akan tetapi beliau turut berperan sesuai dengan kemampuannya. Beliau adalah pelajaran bagi kaum muslimin dalam perputaran sejarah bahwa tidak boleh menganggap sepele suatu amal sekalipun kecil.
Oleh karena itu ia mendapatkan perhatian dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam hingga ia wafat. Sehingga beliau menyalahkan para shahabat Beliau yang tidak memberitahukan kepada beliau perihal kematiannya agar beliau dapat mengantarkan Ummu Mahjan ke tempat tinggalnya yang terakhir di dunia. Bahkan tidak cukup hanya demikian namun beliau bersegera menuju kuburnya untuk menshalatkannya agar Allah menerangi kuburnya dengan shalat beliau.

KUBUR ATAS KUBAH

KUBUR ATAS KUBAH MASJID NABAWI

Misteri Kubah Masjid Nabawi 3
SUBHANALLAH ini adalah satu keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.
Diriwayatkan oleh Syeikh Zubaidi, ahli sejarah Madinah seperti berikut:
“Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan kubah Nabi Muhammad SAW, kubah warna hijau di Masjid Nabawi di Madinah yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW. Ketika pelaku mencuba memanjat kubah itu untuk menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat itu pun mati di tempat itu. Anehnya tidak seseorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas kubah itu. Ia juga menyatakan bahawa seseorang yang salih dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya bahawa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan ia harus dikuburkan di atasnya sebagai peringatan dan pengajaran bagi orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkannya kubah itu pada masa depan. Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di atas kubah dan menutup tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat orang.”
Maklumat mengenai ada mayat di atas kubah Masjid Nabawi, memang banyak dijelaskan melalui laman web (internet) yang boleh dilayari dengan judul ‘Ada mayat di atas kubah Masjid Nabawi’ dan adakah benar atau sebaliknya fakta ini?
Sesuatu maklumat atau khabar di dalam ilmu mantiq dan balaghah, mungkin boleh dipercayai ataupun tidak. Apa lagi maklumat itu tidak ada kaitan dengan ibadah atau akidah.
Kejadian itu bukan sekadar maklumat yang membuat kita terkejut mendengar dan melihatnya, bahkan ia fakta sejarah yang tidak dapat ditutupi selama ini kerana ditutupi oleh fahaman dan aliran atau golongan tertentu yang melakukan perbuatan provokasi itu.

Ramai jemaah haji, umrah, dan ziarah dari pelbagai negara seluruh dunia mengunjungi Masjid Nabawi dan melihat di atas kubah hijau itu, tetapi tidak perasan bahawa di sana ada sebungkah mayat terbujur.
Ada jemaah bertanya, mengapakah harus ada dua kubah berdekatan di atas mihrab raudah dan bekas rumah Nabi Muhammad SAW dan di bawah kubah hijau Masjid Nabawi terdapat pula makam Rasulullah SAW dan dua orang sahabatnya iaitu Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab RA.
Setelah memandang lebih fokus ke arah puncak kubah hijau itu, kita melihat seperti ada suatu bongkahan sehingga kelihatan kubah itu seperti ada sesuatu yang tidak rata di atasnya. Jika diperhatikan secara saksama, memang jelas ada sesuatu yang menempel di atas kubah itu dan menyatu warnanya (hijau) dengan warna kubah.
Tanpa ada niat untuk menimbulkan sensasi, setelah mempelajari komen yang tertulis dalam bahasa Arab di samping gambar itu seperti yang disaksikan pada mulanya makam itu adalah bilik Aisyah, isteri Nabi SAW dan rumah kediaman Rasulullah SAW. Justeru, kerana kesalahan kerajaan Islam terdahulu, makam itu dibina sebahagian daripada masjid.
Dalam hadis pun ada melarang menjadikan makam nabi sebagai masjid. Diriwayatkan daripada Abbad RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Allah SWT melaknat orang Yahudi dan Nasrani menjadikan kuburan nabi mereka sebagai masjid.” (lihat Fathul Barri).
Dalam konteks ini, Ibnu Hajar al-Asqalani, menjelaskan makna hadis di atas adalah larangan untuk mengagungkan dan membesarkan (memuja) kuburan, bukan larangan membina masjid dekat kuburan atau kuburan berada di dalam masjid.
Di mana pun lokasinya, kuburan (makam) tetap tidak dibolehkan untuk diagungkan seperti orang menghormati masjid. Sama halnya makam Nabi SAW yang berada di dalam masjid. Orang datang ke makam Baginda bukan bermaksud untuk mengagung dan memujanya tetapi sekadar untuk berziarah dan berdoa seperti Nabi SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menziarahiku setelahku wafat, sama seperti menziarahiku ketika aku hidup.” (Hadis riwayat Tabarani).
Justeru, Allah SWT menunjukkan kekuasaan-Nya dengan mengirimkan sambaran kilat maut kepada pelakunya yang berniat jahat dan khianat untuk menghancurkan kubah Masjid Nabawi itu. Sehingga tidak ada seseorang pun yang sanggup menurunkan mayat itu hingga sekarang walaupun peristiwa itu berlaku 90 tahun yang lalu.
Namun Allah SWT ingin memperlihatkan kekuasaan-Nya, bahawa yang benar itu tetap benar, dan yang salah tetap salah walaupun dipertikaikan kerana yang benar itu mengatasi yang batil. Firman Allah bermaksud: “Dan orang yang mendustakan ayat (tanda) keterangan Kami, mereka adalah bisu dan tuli di dalam gelap gelita. Sesiapa yang Allah kehendaki, akan disesatkannya, dan sesiapa yang Dia kehendaki, akan dijadikannya atas jalan yang betul lurus.” (Surah al-An’am,ayat 39).

KREDIT: http://hazis.wordpress.com/2011/03/16/kubur-atas-kubah-masjid-nabawi/

5 ciri blogger yg dibenci (versi Matahari)

1. Blogger yg asyik duk cite keburukan orang.. sekali orang views dah dpt dosa..bayangkan kalau ramai yang views..x ke namanya menghimpun dosa 2? n apa faedahnya menghimpun dosa..lgsung xde faedahnya

2.Blogger yg  duk cite pasal diri dye 24 jam.pegi makan kat mane,tidur pakai baju apa,makan pkl berapa..udah2la 2..kalau ckt2 xpe la.

3.Blogger yang duk upload gambar dia posing dengan macam2 jenis muka..alahai

4.blogger yang lepaskan geram n sumpah seranah kat blog dengan perkataan yang mencarut..

5.Blogger yg asyik tulis pasal cinta



P/s: Juz pandangan peribadi...peace no war

Cara lajukan broadband

Langkah 1 :  Sambung Broadband ke Komputer anda dan buat Connection seperti biasa. Apa yang perlu anda tahu ialah IP untuk Broadband anda. Untuk memudahkan anda, klik DI SINI untuk tahu IP anda.
(PERHATIAN : IP BROADBAND INI SENTIASA BERUBAH-UBAH MENGIKUT TEMPAT, MASA DAN KEADAAN. JADI, SETIAP KALI ANDA SAMBUNG BROADBAND ANDA, ANDA KENA PASTIKAN IP ANDA DAHULU)



Langkah 2 : Setelah anda dapat IP anda, Buka Notepad dan masukkan Code di bawah ini di dalam Notepad tersebut dan jangan lupa masukkan IP yang anda dapat tadi. Klik Di Sini sekali lagi untuk dapatkan IP anda.
c:\windows\system32\ping IP ANDA -t
Cara Menulis :  c:\windows\system32\ping [jarak] IP ANDA [jarak] -t

Langkah 3 : Kemudian , Save As Fail Notepad tersebut sebagai ping.bat dan Simpan di Desktop anda. Ingat yer, jangan simpan di tempat lain,hanya di Desktop sahaja yang dibenarkan..hehe.
Langkah 4 : Klik pada ping.bat di Desktop anda dan satu tetingkap Command Prompt secara automatik akan keluar. Biarkan Command Prompt ini berjalan sepanjang proses anda online. Jika anda terkeluar daripada Connection, anda kena ulang semula Langkah 1 di atas.

Monday 20 June 2011

Rindu (Al-’Isyq)
Rindu itu ialah cinta yang berlebihan, dan ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kerendahan. Maka rindu tersebut bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Tetapi bisa jadi orang yang rindu itu, rindunya disertai dengan menjaga diri dan kesucian, dan kadang-kadang ada rindu itu disertai kerendahan dan kehinaan.

Sebagaimana telah disebutkan, dalam ucapan kami tentang cinta maka rindu juga seperti itu, termasuk amalan hati, yang orang tidak mampu menguasainya. Tapi manusia akan dihisab atas sebab-sebab yang diharamkan dan atas hasil-hasilnya yang haram. Adapun rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya dari orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi’ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahwa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan dari orang-orang meskipun kerinduan itu timbul dari perkara yang haram sebagaimana pembahasan dalam masalah cinta.
Makna ucapan Suyuthi adalah orang-orang yang memendam kerinduan baik laki-laki maupun perempuan, dengan tetap menjaga kehormatan dan menyembunyikan kerinduannya sebab dia tidak mampu untuk mendapatkan apa yang dirindukannya dan bersabar atasnya sampai mati karena kerinduan tersebut maka dia mendapatkan pahala syahid di akhirat. Hal ini tidak aneh jika fahami kesabaran orang ini dalam kerinduan bukan dalam kefajiran yang mengikuti syahwat dan dia bukan orang yang rendah yang melecehkan kehormatan manusia bahkan dia adalah seorang yang sabar, menjaga diri meskipun dalam hatinya ada kekuatan dan ada keterkaitan dengan yang dirindui, dia tahan kekerasan jiwanya, dia ikat anggota badannya sebab ini di bawah kekuasaannya. Adapun hatinya dia tidak bisa menguasai maka dia bersabar atasnya dengan sikap afaf (menjaga diri) dan menyembunyikan kerinduannya sehingga dengan itu dia mendapat pahala.

Budak bertangan kurus diperlukan

Orang kreatif x perlu duit banyak