BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 14 August 2011

Skim Piramid Dosa Yang Menjadikan Anda “Kaya”

MLM, Skim Piramid, Dosa
Assalamualaikum semua, kepada blogger-blogger diluar sana kali ini saya hendak memperkenalkan kepada anda satu skim  yang amat mudah sekali dan hasilnya berlipat kali ganda dengan hanya menulis blog!. Tapi skim ini mempunyai kelainan daripada skim cepat kaya yang lain kerana anda tidak memerlukan modal sesen pun, apatah lagi mencari orang bawahan. Tak perlu itu semua, apa yang perlu anda buat cuma buat sahaja cerita, orang bawahan akan datang sendiri mencari anda dan jika mereka juga menyertai skim ini dibawah anda anda akan mendapat “kekayaan” yang berlipat kali ganda!, hebat bukan?. Ok mari saya terangkan serba sedikit tentang skim ini:
Skim piramid, MLM
Ok, caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu menggunakan kebijaksanaan anda sebagai penulis blog untuk mereka cerita yang menarik. Ingat, cerita itu mestila cerita yang tidak benar dan fitnah seperti kes liwat ke, video seks ke atau gosip-gosip artis kahwin lari, atau seumpamanya lah!. Jangan sesekali bercerita benar tau nanti tak “kaya”.
Perhatikan piramid diatas, bila anda mula menulis cerita yang tidak benar dan fitnah, rakan-rakan blog anda mesti akan menyokong anda dengan menyebarkan semula cerita yang sama di blog masing-masingkan?. Ok kita andaikan buat masa mula-mula ni kawan-kwan blog anda yang menyebarkan cerita anda. Bila ditambah lagi sebar atas sebar berpa banyak “kekayaan” masuk kepada anda? melimpah ruah bukan dan berkali ganda!. Tapi jangan risau, rakan-rakan blog anda juga dapat peratus “kekayaan” mereka, tetapi tidak sebanyak anda. Anda masih yang terkaya!

Ok, itu baru sikit tau “kekayaan” yang anda perolehi. Mari kita besarkan skop kepada orang perseorangan ataupun pembaca anda.
SKIM piramid, mlm
Haaaa… Anda pandang la sebentar dengan aliran “kekayaan” yang dibawa masuk oleh pembaca-pembaca setia anda.
Ok, saya terangkan, anda menulis sebuah cerita fitnah dan tidak benar, lalu pembaca pertama membaca cerita anda dan menceritakannya kepada dua orang rakan-rakannya. Lalu dua orang rakan ini dengan pantas berkongsi cerita anda di laman-laman sosial seperti facebook dan twitter. Bila rakan kepada rakan mereka tadi sudah tentu akan tertarik cerita anda yang hangat itu, lantas menekan butang “share”. Lalu berlakulah sharing mengsharing di laman sosial tersebut. Wahh, anda yang ketika itu sedang buang air besar dan tidak tahu menahu perkara itu mesti tak sedar “kekayaan” melimpah ruah dan berlipat kali ganda malah berjuta kali ganda kerana bila dah masuk ke laman sosial, perkongsian tersebut adalah INFINITI!. Maka ianya akan berterusan dan berterusan.
Jadi bila anda boleh  guna “kekayaan” itu?
Haa..”Kekayaan” itu laku bila anda berada satu tempat dinamakan Akhirat. Disitulah “kekayaan” anda akan ditimbang dan bolehlah anda tengok berapa banyak “kekayaan” yang anda kumpul dengan hanya satu cerita. Dan “kekayaan” itu lah akan membawa anda ke tempa dimana “kekayaan” dikumpul iaitu Neraka Jahanam. Jadi anda nak join tak ni?, jangan risau tak perlu isi borang. Mulalah dengan mereka cerita fitnah dan tidak benar

Petikan Ayat Ustaz Zaharuddin:
Buat semua penulis, khususnya wartwan akhbar, penulis majalah, pemilik blog, web dan yang sepertinya. Sedari dan ketahuilah bahawa tulisan atau laporan anda boleh menambah jutaan dosa, gajiharam dan murka Allah bila sengaja mereka cerita yang tidak benar atau laporan akibat kajian yang tidak berhati-hati. Tetapi boleh menambah pahala berjuta-juta, apabila tulisanmu membawa manfaat baik kepada manusia. Justeru, pilihan ditangan masing-masing.

0 comments: